PENGENALAN
PERTUBUHAN PROFESOR G70
Profesor G70 adalah barisan profesor dan ilmuwan pelbagai bidang yang sama-sama mendukung idealisme yang termaktub dalam Deklarasi 16 November 2022, termasuklah memastikan negara memiliki sebuah kerajaan yang teguh, beramanah dan bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat dan mendukung perpaduan nasional seluruh rakyat dan keadilan masyarakat.
PPG70 didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah PPM-005-10-30032023.
Matlamat:
- Membuat dan menganjurkan kajian, kertas kerja, peninjauan atau penyelidikan atas aspek-aspek terbabit dengan bidang profession ini.
- Mendukung perpaduan nasional seluruh rakyat dan keadilan masyarakat
- Memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan bidang profession ini.