NILAI, PRINSIP SERTA IDEALISME

Nilai, Prinsip Serta Idealisme

1. Barisan G70 Profesor Melayu mempunyai pelbagai kepakaran, namun kesemua mereka berkongsi idealisme yang sama seperti yang termaktub dalam Deklarasi 16 Nov. 2022.

2. Nilai serta prinsip yang telah dipersetujui secara konsensus oleh G70, yang disedut terus daripada Deklarasi tersebut, adalah:-

  • Memastikan negara memiliki sebuah kerajaan yang teguh, beramanah dan bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat;
  • Mengangkat ketua kerajaan yang berwibawa dan dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa;
  • Membina sebuah sistem urustadbir dan tatakelola kerajaan yang cekap, telus, amanah dan bebas rasuah;
  • Mendukung perpaduan nasional seluruh rakyat dan keadilan masyarakat;
  • Mengembalikan maruah negara, membina semula keyakinan pelabur, mengukuhkan kedudukan matawang, membaik pulih ekonomi dan seterusnya membina semula penghormatan dunia terhadap negara;
  • Mengembalikan prinsip amanah demokrasi;
  • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa terhadap kepentingan rakyat serta negara, atau menggunakan kedudukan politik sebagai medan memenuhi kepentingan diri dan kumpulan; dan
  • Mendukung nilai etika mulia untuk menghindari penggunaan fitnah bagi meraih sokongan pengundi dan mengeksploitasi sentimen agama serta kaum dengan melaga-lagakan rakyat berbilang bangsa dan budaya demi meraih keuntungan politik kepartian masing-masing.