PRU-15: DEKLARASI PROFESOR MELAYU G70
DEKLARASI PROFESOR MELAYU G70
16 November 2022
Seruan kepada rakyat Malaysia sempena PRU-15
Seruan kepada rakyat Malaysia sempena PRU-15
MENYEDARI bahawa;
1. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) merupakan satu kaedah perlembagaan dalam sistem demokrasi negara yang mesti dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia, demi memastikan negara memiliki sebuah kerajaan yang teguh, beramanah dan bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat;
2. PRU-15 merupakan peluang terbaik rakyat Malaysia mengangkat ketua kerajaan yang berwibawa dan dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa;
3. PRU-15 adalah ruang bagi rakyat Malaysia menyertai secara aktif dalam memilih sebuah kerajaan yang mampu membina sebuah sistem urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang cekap, telus dan bebas rasuah;
4. Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai isu rumit dan kepincangan masyarakat luar biasa yang belum pernah dihadapinya sebelum ini, yang boleh memporak-perandakan negara;
DEKLARASI
Maka, kami yang terdiri daripada ilmuwan PROFESOR MELAYU dan setulusnya merasa bertanggungjawab terhadap keadaan masyarakat dan negara pada masa kini, dengan ini MENYERU seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, kepada perkara-perkara berikut:
1. Rakyat Malaysia mesti menggunakan hak dan tanggungjawab memilih pada PRU-15 akan datang dengan mengundi pakatan politik yang mendukung perpaduan nasional seluruh rakyat dan keadilan masyarakat, serta mengundi calon-calon yang memiliki prinsip integriti, amanah serta bebas daripada amalan rasuah.
2. Rakyat Malaysia mesti memilih calon-calon daripada pakatan politik yang memiliki iltizam bagi membina sebuah kerajaan yang berteraskan prinsip tata kelola yang baik serta bertekad memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa terhadap kepentingan rakyat dan negara.
3. Rakyat Malaysia diseru agar mendukung calon-calon daripada pakatan politik yang bertekad mengembalikan maruah negara, membina semula keyakinan pelabur, mengukuhkan kedudukan mata wang, membaik pulih ekonomi dan seterusnya membina semula penghormatan dunia terhadap negara.
4. Rakyat Malaysia diseru agar menolak calon-calon daripada pakatan politik yang didapati telah mengkhianati amanah demokrasi dan menyalahgunakan kedudukan politik sebagai medan memenuhi kepentingan diri dan kumpulan.
5. Rakyat Malaysia diseru agar menolak calon-calaon yang menggunakan fitnah bagi meraih sokongan pengundi dan mengeksploitasi sentimen agama serta kaum, dengan melaga-lagakan rakyat berbilang bangsa dan budaya, demi meraih keuntungan politik kepartian masing-masing.
6. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap calon-calon Perdana Menteri, kami berpendirian bahawa DATO' SERI ANWAR IBRAHIM:
Sekian.i. adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk dengan berteraskan Islam sebagai agama persekutuan, serta memulihkan reputasi negara di mata dunia; danii. bersama pasukannya dalam PAKATAN HARAPAN pada PRU-15 ini, merupakan pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini kepada kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, dan dalam masa yang sama menjamin keutuhan agama Islam serta kepentingan Melayu dan peribumi.
Tarikh: 16 November 2022/ 21 Rabiulakhir 1444H.
* Deklarasi ini telah disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli wan Daud selaku jurucakap G70.